Orang Asli merupakan salah satu komuniti masyarakat di Malaysia. Terdapat 18 suku kaum Orang Asli yang tinggal di Semenanjung Malaysia dan dibahagikan kepada 3 kumpulan.
NEGRITO
Kensiu
Kintak
Lanoh
Jahai
Mendriq
Bateq
SENOI
Temiar
Semai
Semoq Beri
Jah Hut
Mahmeri
Che Wong
MELAYU PROTO
Orang Kuala
Orang Kanaq
Orang Seletar
Jakun
Semelai
Temuan
Setiap suku kaum mempunyai keunikan budaya dan adat resam masing-masing.
Bahasa pertuturan dan cara hidup juga berbeza antara satu suku kaum serta masih mengamalkan warisan kebudayaan tradional.
Masyarakat Orang Asli kini semakin berkembang daripada segi pemikiran dan pembangunan sosial.
info MAHMERI
Mahmeri dalam bahasa masyarakat kami adalah 'hmak meri' iaitu orang yang tinggal di dalam hutan. Hakikatnya masyarakat kami kebanyakan tinggal di sepanjang pesisiran pantai barat terutama di Negeri Selangor.
Suku kaum Mahmeri merupakan sebahagian dari kumpulan Senoi.
Terdapat lebih kurang 12 perkampungan Orang Asli Mahmeri yang mana semuanya terletak di pesisiran pantai Negeri Selangor
Kg Orang Asli Bangkung Chucuh
Kg Orang Asli Tg Sepat
Kg Orang Asli Teluk Tongkah
Kg Orang Asli Kelanang
Kg Orang Asli Pulau Banting
Kg Orang Asli Sg.Bumbun, P.Carey
Kg Orang Asli Sg.Rambai, P.Carey
Kg Orang Asli Kepau Laut, P.Carey
Kg Orang Asli Sg.Judah, P.Carey
Kg Orang Asli Sg.Kurau, P.Carey
Kg Orang Asli Pulau Indah
Kg Orang Asli Bagan Hailam
Masyarakat Mahmeri masih mengamalkan kebudayan dan adat resam tradisi. Masyarakat ini masih mengamalkan kepercayaan animisme dimana percaya wujud kuasa baik dan jahat yang mempengaruhi kehidupan.